Thursday, 27 October 2016

PENCAPAIAN KOKURIKULUM

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
berikut adalah pencapaian ko-kurikulum saya(^_^)..

SMK DATO SERI MAHARAJALELA,PERAK..

Pada tahun 2011,umur dalam lingkungan 14 tahun(tingkatan 2) aku mewakili perak dalam kejohanan catur terbuka Malaysia peringkat kebangsaan di Universiti Teknologi Petronas(UTP).menang dalam 3 set dari 8 set permainan membuatkan aku pulang dengan" tangan kosong".

Pada tahun 2012,umur pada 15 tahun(tingkatan 3),aku dilantik sebagai Presiden persatuan Bahasa Arab peringkat sekolah selama setahun.

Pada tahun 2013,umur dalam 16 tahun(tingkatan 4),aku dilantik pula sebagai bendahari koperasi sekolah dan urusetia hari graduasi selama setahun.

Pada tahun 2014,umur dalam l7 tahun(tingkatan 5),aku mewakili sekolah serta daerah Perak Tengah dalam kejohanan petanque peringkat negeri Perak di Kuala Kangsar.Tersangkut  di peringkat "kalah mati"menyebabkan kumpulan kami pulang dengan hampa..

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

Pada tahun 2015,aku dilantik menjadi fasilitator subjek matematik dan perakaunan di Kolej Matrikulasi Perlis.

Pada tahun 2016,aku(berkumpulan) menyertai  Karnival Keusahawanan peringkat kolej.Hasil penat lelah menjalankan perniagaan selama 3 hari,Kami dinobatkan sebagai juara Inovasi Perniagaan dan tempat ketujuh dalam penyediaan "rancangan perniagaan".

Selain itu,aku juga telah mendapat pingat gangsa dalam acara ping-pong peringkat kolej.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Pada tahun 2016,aku menjadi ahli biro keselamatan kolej rahim kajai.selain itu,aku memasuki kor siswa-siswi pertahanan awam(SISPA).


SEKIAN TERIMA KASIH,(^_^)

No comments:

Post a Comment