ASSALAMM...(^_^)
Sekolah rendah saya adalah SK DATO SAGOR yang terletak di kampong gajah,Perak.Di situlah saya berjumpa dengan kawan baru yang pertama dalam hidup.Disitulah saya mendapat pendidikan pertama dalam hidup saya.Guru garang macam harimau,hadap je lah...banyak bermain-main sudah menjadi kebiasaan dari darjah 1 hingga 6.Akhirnya,keputusan UPSR aku 3A 2B jerr..
Kemudian,aku melanjutkan pelajaran aku di SMK DATO SERI MAHARAJA LELA,di kampong gajah,perak juga.Disitu juga aku banyak bermain-main dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.Aku ambil bahasa arab tapi bahasa arab sangat susah bagi aku.Bahasa inggeris pon aku tak hebat jugak.Hinggakan keputusan PMR aku 6A 2B 1C.
Kemudian masuk tingkatan 4 hingga tingkatan 5 lagilah la banyak "honeymoon".Rileks dan bersantai.Bulan SPM sempat lagi main dota bagai.Akhirnya,keputusan SPM aku ialah 5 A 3B 1C.
Kemudian masuk matrik,aku berazam nak dapat keputusan yang baik.Sebab dah lah jauh kena campak pulak tu hingga ke negeri utara.Jadi KOLEJ METRIKULASI PERLIS adalah tempat pengajian matrik aku.Jadi aku belajarlah bersungguh-sungguh untuk mendapat result baik.Setahun aku di situ aku mendapat CGPA 3.80.Alhamdulilah..bersyukur.
Seterusnya,Aku dapat melangkah masuk ke UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dalam jurusan sarjanamuda pentadbiran perniagaan.
No comments:
Post a Comment