Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
berikut adalah pencapaian ko-kurikulum saya(^_^)..
SMK DATO SERI MAHARAJALELA,PERAK..
Pada tahun 2011,umur dalam lingkungan 14 tahun(tingkatan 2) aku mewakili perak dalam kejohanan catur terbuka Malaysia peringkat kebangsaan di Universiti Teknologi Petronas(UTP).menang dalam 3 set dari 8 set permainan membuatkan aku pulang dengan" tangan kosong".
Pada tahun 2012,umur pada 15 tahun(tingkatan 3),aku dilantik sebagai Presiden persatuan Bahasa Arab peringkat sekolah selama setahun.
Pada tahun 2013,umur dalam 16 tahun(tingkatan 4),aku dilantik pula sebagai bendahari koperasi sekolah dan urusetia hari graduasi selama setahun.
Pada tahun 2014,umur dalam l7 tahun(tingkatan 5),aku mewakili sekolah serta daerah Perak Tengah dalam kejohanan petanque peringkat negeri Perak di Kuala Kangsar.Tersangkut di peringkat "kalah mati"menyebabkan kumpulan kami pulang dengan hampa..
KOLEJ MATRIKULASI PERLIS
Pada tahun 2015,aku dilantik menjadi fasilitator subjek matematik dan perakaunan di Kolej Matrikulasi Perlis.
Pada tahun 2016,aku(berkumpulan) menyertai Karnival Keusahawanan peringkat kolej.Hasil penat lelah menjalankan perniagaan selama 3 hari,Kami dinobatkan sebagai juara Inovasi Perniagaan dan tempat ketujuh dalam penyediaan "rancangan perniagaan".
Selain itu,aku juga telah mendapat pingat gangsa dalam acara ping-pong peringkat kolej.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Pada tahun 2016,aku menjadi ahli biro keselamatan kolej rahim kajai.selain itu,aku memasuki kor siswa-siswi pertahanan awam(SISPA).
SEKIAN TERIMA KASIH,(^_^)
Thursday, 27 October 2016
Saturday, 15 October 2016
PENDIDIKAN
ASSALAMM...(^_^)
Sekolah rendah saya adalah SK DATO SAGOR yang terletak di kampong gajah,Perak.Di situlah saya berjumpa dengan kawan baru yang pertama dalam hidup.Disitulah saya mendapat pendidikan pertama dalam hidup saya.Guru garang macam harimau,hadap je lah...banyak bermain-main sudah menjadi kebiasaan dari darjah 1 hingga 6.Akhirnya,keputusan UPSR aku 3A 2B jerr..
Kemudian,aku melanjutkan pelajaran aku di SMK DATO SERI MAHARAJA LELA,di kampong gajah,perak juga.Disitu juga aku banyak bermain-main dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.Aku ambil bahasa arab tapi bahasa arab sangat susah bagi aku.Bahasa inggeris pon aku tak hebat jugak.Hinggakan keputusan PMR aku 6A 2B 1C.
Kemudian masuk tingkatan 4 hingga tingkatan 5 lagilah la banyak "honeymoon".Rileks dan bersantai.Bulan SPM sempat lagi main dota bagai.Akhirnya,keputusan SPM aku ialah 5 A 3B 1C.
Kemudian masuk matrik,aku berazam nak dapat keputusan yang baik.Sebab dah lah jauh kena campak pulak tu hingga ke negeri utara.Jadi KOLEJ METRIKULASI PERLIS adalah tempat pengajian matrik aku.Jadi aku belajarlah bersungguh-sungguh untuk mendapat result baik.Setahun aku di situ aku mendapat CGPA 3.80.Alhamdulilah..bersyukur.
Seterusnya,Aku dapat melangkah masuk ke UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dalam jurusan sarjanamuda pentadbiran perniagaan.

Wednesday, 12 October 2016
LATAR BELAKANG KELUARGA
AKU dibesarkan daripada keluarga yang sederhana lagi bahagia..
AKU juga dibesarkan oleh kedua ibubapaku.Bapaku bernama ZAINAL ALAM BIN MUHD YAZID yang merupakan bekas pegawai imigresen di cawangan Teluk Intan,perak.Ayahku la yang menyumbangkan segala keperluan kepada keluarga kami.ayahku jugala mendidik aku dari kecil untuk bersolat berjamaah di masjid dan aku teringat aku sentiasa berada dalam pangkuannya ketika berdoa.Beliau seorang yang sangat bekerja keras,pergi pagi balik malam.Bila malam tengok tv tiba2,tv tu tengok dia.masa aku lima tahun badan ayaku gemuk,bila umur ku naik badan ayah ku semakin kurus.Aku masa kecil pun tidak tau apa-apa..hingga 19 sep 2009 ayahku menghembuskan nafas terakhir di hospital Teluk Intan akibat serangan kuman di jantungnya.
IBUKU pulak diberi nama NORHAYANI BINTI SHA'ARI yang merupakan seorang bekas juruteknik telekom di teluk intan.Beliau seorang yang sangat tabah,prihatin dan menjaga aku tika aku dalam kesusahan.aku menanggis jer beliau memberi inspirasi dan mendoakan aku.
Aku mempunyai 6 orang adik beradik,yang pertama ialah NURDIYANA yang kini berkerja di TELEKOM malaysia di KUALA LUMPUR.seorang yang periang terlebih dan suka bersiar-siar.Yang kedua ialah NUR RASHIDAH yang kini menyambung PHD di UKM .seorang yang periang juga tapi sangat sangat aktif bersukan.Yang ketiga,ABDUL HADI yang baru saja menghabiskan ijazahnya dalam mekanikal di UTHM.Merupakan seorang penghibur dalam keluarga.yang keempat,ABDUL HAKIM yang bekerja sebagai juruIT di syarikat insurans.Seorang yang selalu kemas dan menjaga kebersihan rumah serta selalu suruh aku buat kerja rumah.Yang kelima,INTAN SHAHIRAH yang sedang belajar di MMU dalam jurusan multimedia.seorang yang suka makan benda manis.Yang keenam ialah aku..
kami sekeluarga juga tinggal bersama dengan nenek yang bernama ROSILAH yang selalu menjaga aku ketika ibu dan ayah pergi ke tempat kerja.KINI,aku yang menjaga beliau kerana beliau mengalami masalah sakit lutut dan terhad untuk berjalan.Akhir sekali,kami sekeluarga sering tolong menolong antara satu sama lain dan ini menjadikan kami sekeluarga gembira.

Subscribe to:
Posts (Atom)